Wednesday, May 5, 2010

PENGENALAN

Kuih-muih Melayu mempunyai pelbagai ciri uniknya yang tersendiri, yang membuatkan penduduk setempat menjadikan sesuatu kuih tersebut sebagai salah satu hidangan yang wajib dalam setiap hidangan. Kuih melayu juga mempunyai pelbagai rupa, bentuk, rasa, warna dan juga baunya.


Negeri Kedah yang terkenal dengan jolokannya, negeri Jelapang Padi. Di sini terdapat banyak tanaman padi yang dijadikan sebagai sumber asas tani penduduk di negeri Kedah. Selain dari tumbuhan padi, terdapat juga tumbuhan lain seperti nipah, kelapa, mempelam dan sebagainya. Dalam kalangan masyarakat Kedah, kuih-muih dan cucur mempunyai tempat yang istimewa dalam budaya makanan. Daripada kuih-muih dan cucur utara ini dapat dilihat keperibadian masyarakat yang umumnya mengutamakan segala yang seni dan halus.

Kuih- muih ini semakin terpinggir namun demikian, kuih-muih tradisional ini masih terdapat di Pekan Rabu, Alor Setar. Walau bagaimanapun, ada juga kuih yang tiada di pekan contohnya, Kuih Gedung Chak. Mendengar namanya sahaja sudah cukup untuk membayangkan keunikan kuih tersebut. Gedung Chak merupakan sejenis kuih melayu masyarakat di Kedah.
Kuih ini terdapat banyak di Pekan Kuala Muda dan di Daerah Yan. Adunan daripada tepung pulut bersama kelapa parut berserta gula Melaka, dibalut dengan menggunakan daun nipah membawa rasa yang enak dan aroma yang wangi.

Sunday, May 2, 2010

Sejarah Gedung Chak

Gedung Chak merupakan sejenis kuih yang berasal daripada Negeri Kedah. Pada asalnya, kuih ini diperkenalkan oleh penduduk Acheh yang datang dan menetap dikawasan Yan Negeri Kedah. Kemudiannya, mereka membawa tradisi makanan mereka dan seterusnya ia diterima dengan baik oleh penduduk dikawasan tersebut dan secara tidak langsung menjadikan Kuih Gedung Chak ini sebagai kuih tradisional Negeri Kedah.

Namun demikian, kuih ini amat jarang dijumpai tetapi masih terdapat di kawasan Yan, Tanjung Dawai dan Kota Kuala Muda. Dengan maklumat yang dapat dikumpulkan, satu pengenalan dan resepi Gedung Chak telah dihasilkan. Di sini, pembaca boleh mengetahui lebih mendalam lagi mengenai Kuih Gedung Chak ini.

Khasiat Gedung chak


Daun nipah sebagai pembungkusan.
Daun nipah dijadikan sebagai pembungkus gedung chak kerana ia membawa aroma yang wangi apabila di bakar.

Tepung pulut sebagai bahan utama.
Tepung pulut kaya dengan Vitamin E dan B serta mudah dicerna. Ia juga sesuai diamalkan bagi pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung.

Kelapa dijadikan bahan sampingan.
Kelapa memiliki khasiat yang tersendiri, Antara kebaikan kelapa ialah dapat mengatasi masalah keracunan, cirit-birit, demam panas, bronkitis dan kesukaran membuang air kecil dan besar.

Gula Merah diibaratkan membawa rasa dan tekstur produk.
Ia juga dikenali sebagai gula kabung. Ia mengandungi garam mineral, thiamine, riboflavin, nicotinic acid, ascorbic acid, protein dan Vitamin C. Ia juga mengandungi kandungan gula yang lebih kecil berbanding gula putih biasa dan baik untuk merawat asma, anemia, kusta di samping mempercepatkan pertumbuhan anak.
Kemanisan dan kehalusan Gula Merah asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.

Saturday, May 1, 2010

Ramuan kuih gedung chak

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut


5 cawan kelapa parut


2 cawan gula pasir/gula merah


Daun nipah



Cara Membuat Gedung Chak








1. Gula merah dan gula pasir dimasak
2. Tepung pulut digaul dengan kelapa parut dan masukkan air gula yang telah sejuk
3. Daun nipah dibuang tulangnya dan dipotong 15cm.
4. Adunan disendukkan keatas daun nipah dan dilipat.
5. Hujung daun nipah dikelat dengan lidi yang telah dipotong.
6. Kuih ini dibakar diatas api yang sederhana


Tips– tips Memasak

· Lidi boleh digantikan dengan menggunakan staepler.
· Menggunakan kelapa muda untuk menghasilkan rasa yang lebih enak.
· Dapur arang boleh digantikan dengan griller atau oven.
· Lebihkan gula merah untuk mendapatkan warna dan tekstur yang lebih menarik.
· Gunakan air kelapa muda untuk menggantikan air biasa untuk rasa yang lebih sedap.
· Gunakan daun nipah yang muda supaya proses mengelatkan daun nipah dengan lidi lebih mudah dan juga mempercepatkan proses memasak.
· Kurangkan gula pasir sekiranya ingin mengurangkan kemanisan.






UNTUK MAKLUMAT LANJUT,ANDA BOLEH BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH,PERPUSTAKAAN DAN JABATAN HOSPITALITI DI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN..